AGENDANASIONAL

Air Selangor: Paip pecah di Bandar Baru Bangi segera dibaiki

SHAH ALAM, 28 FEB: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) giat melaksanakan kerja pembaikan paip pecah di Persiaran Pekeliling, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi mulai 6.30 pagi tadi.

Agensi tersebut memaklumkan kerja pembaikan mengakibatkan gangguan bekalan air tidak berjadual di 14 kawasan di wilayah Hulu Langat.

“Para pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

“Pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Help Centre yang boleh didapati di www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor,” katanya di Facebook.

 


Pengarang :