AGENDANASIONAL

Air Selangor: Status pulih bekalan capai 93 peratus takat 9 pagi

SHAH ALAM, 13 FEB: Status pemulihan bekalan air di semua kawasan terjejas berikutan pencemaran di muka sauk Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang kini mencapai 93 peratus setakat jam 9 pagi tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan kawasan Kuala Langat yang sebelum ini belum pulih kini mencapai pemulihan 67 peratus.

Manakala peratusan pemulihan di Kuala Selangor kekal dengan 99 peratus dan Klang dan Shah Alam (83 peratus). Bagi kawasan Hulu Selangor, Gombak dan Petaling pulih sepenuhnya pada jam 6 pagi tadi.

“Tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.

“Para pengguna juga boleh mendapatkan senarai kawasan yang terjejas di laman sesawang https://hentitugas.airselangor.com/ serta aplikasi Air Selangor,” maklum agensi itu menerusi Facebook.

Air Selangor meminta pengguna yang telah mendapat bekalan air supaya menggunakan secara berhemah bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti dijadualkan.

Kelmarin, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengesan pencemaran bau tersebut dikenal pasti berpunca daripada tumpahan minyak aktiviti jentera berat (diesel) di keseluruhan lembangan Sungai Selangor.

Susulan itu, LRA Rantau Panjang, LRA Sungai Selangor Fasa 1,2 dan 3 terpaksa dihenti tugas menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual berlaku di lapan wilayah Air Selangor.

Berikut kawasan yang belum pulih:


Pengarang :