Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat di Masjid Taman Putra Perdana, Sepang pada 17 Februari 2023. Turut hadir Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Anwar solat Jumaat di Masjid Taman Putra Perdana bersama lebih 3,000 jemaah

SEPANG, 17 FEB: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat bersama kira-kira 3,000 jemaah di Masjid Taman Putra Perdana, di sini hari ini.

Ketibaan beliau pada jam 1.25 tengah hari diiringi Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amiruddin Shari dan Ahli Dewan Negeri (ADN) Tanjung Sepat Borhan Aman Shah.

Anwar turut mendengar khutbah bertajuk ‘Israk Mikraj: Amanah dan Tanggungjawab Solat’ yang disampaikan imam masjid Muhammad Syazwan Hilmi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman dengan orang ramai ketika solat Jumaat di Masjid Taman Putra Perdana, Sepang pada 17 Februari 2023. Turut hadir Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Selesai solat, Anwar meluangkan masa bersalaman dengan jemaah serta bertemu ahli jawatankuasa masjid, sebelum berangkat pulang.

Terdahulu, Anwar menikmati makan tengah hari di pusat penjaja Taman Putra Perdana, yang terletak 1.1 kilometer (km) dari masjid.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama kanak-kanak selepas solat Jumaat di Masjid Taman Putra Perdana, Sepang pada 17 Februari 2023. Turut hadir Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Kehadiran pemimpin nombor satu negara itu disambut meriah oleh pengunjung yang teruja mahu bergambar, beramah mesra dan bersalaman dengannya.


Pengarang :