Penguat kuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK) memantau kegiatan pembuangan sampah di tapak haram. Foto Facebook MPK
PBTSELANGOR

Buang sampah di tapak haram, MPK gesa orang awam kongsi gambar, video

SHAH ALAM, 6 FEB: Majlis Perbandaran Klang (MPK) menggesa orang awam membuat aduan sekiranya melihat aktiviti pembuangan sampah secara haram.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menerusi Facebook memaklumkan individu yang membuat laporan akan diberi insentif sekiranya pesalah tertangkap.

“Sekiranya anda nampak pembuang sampah ini, sila kongsi gambar, video dan lokasi menerusi talian 03-3371 4404.

“Jika tertangkapnya pesalah tersebut beserta bukti, anda akan diberikan insentif,” maklum MPK.

Penguat kuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK) memantau kegiatan pembuangan sampah di tapak haram. Foto Facebook MPK

Menurut PBT itu pihaknya turut menyediakan 25 pasukan yang terdiri daripada pemantau dan penguat kuasa Jabatan Perkhidmatan Persekitaran.

“Kamera litar tertutup turut dipasang di kawasan panas pembuangan sampah.

“Klang menuju taraf bandar raya 2023. Jom warga Klang bantu MPK tangkap ‘kutu sampah’. Kita mahu Klang bersih dan indah,” katanya.


Pengarang :