Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Melawati menganjurkan program Bukit Melawati Lebarun 2023 sempena Aidilfitri. Foto I-Run Malaysia
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Bukit Melawati Lebarun 2023 galak penduduk amal gaya hidup sihat

OLEH DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 26 FEB: Dalam usaha menerapkan gaya hidup sihat, Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Melawati menganjurkan program Bukit Melawati Lebarun 2023 sempena Aidilfitri.

Pegawai khas Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Melawati berkata acara dijadual berlangsung pada 6 Mei mulai 6.30 pagi dengan menyasarkan 1,000 penyertaan.

Muhammad Farhan Zulkifli berkata Bukit Melawati Lebarun 2023 terbuka kepada dua kategori iaitu lima kilometer (km) dan 10km.

“Acara lima km terbuka kepada semua peringkat umur manakala 10km terbahagi kepada dua kategori iaitu terbuka lelaki dan wanita berusia 16 hingga 39 tahun.

“Manakala kategori terbuka lelaki veteran dan terbuka wanita veteran bagi golongan berusia 40 tahun ke atas,” katanya kepada Selangorkini ketika dihubungi.

Muhammad Farhan berkata Bukit Melawati Lebarun 2023 turut menawarkan harga istimewa bagi 1,000 penyertaan terawal kedua-dua kategori.

“Bagi kategori 10km kita tawar harga istimewa iaitu RM49 berbanding harga asal RM69 manakala lima km RM29 (harga asal RM49).

“Malah kita turut sediakan hadiah wang tunai untuk kategori 10km, Johan akan bawa pulang RM700, tempat kedua (RM500), ketiga (RM300) keempat (RM200) dan kelima (RM100).

Lebih menarik katanya setiap penyertaan layak menerima hadiah cabutan bertuah bernilai hampir RM10,000 termasuk sebuah motosikal.


Pengarang :