AGENSISELANGOR

Buku Tunku: Kelana Penuh Cinta papar riwayat menyeluruh kehidupan Tunku Abdul Rahman

SHAH ALAM, 7 FEB: Buku biografi Tunku: Kelana Penuh Cinta ditata dengan cermat oleh pengarangnya bagi memaparkan kisah menyeluruh kehidupan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) memaklumkan banyak naskah menceritakan kehidupan perdana menteri pertama negara namun tiada yang meriwayatkan kisahnya secara menyeluruh.

“Bermula dari seorang putera raja yang gemar berbuat nakal dan bermain dengan rakan-rakannya di luar istana sehingga hari-hari terakhir beliau sebagai negarawan terbilang yang dihormati dan disanjung di seluruh dunia,” katanya menerusi Facebook.

Buku Tunku: Kelana Penuh Cinta dilancarkan sempena malam Hadiah Sastera Selangor 2021 di Hotel Saujana Kuala Lumpur pada 11 September tahun lalu.

Karya Kobkua Suwannathat-Pian setebal 410 muka surat merupakan buku terjemahan IBDE hasil kerjasama strategik Media Selangor Sdn Bhd.

Ia menceritakan perjalanan hidup Tunku Abdul Rahman termasuk pengisian kemerdekaan dan pembentukan Malaysia, melalui tiga bahagian dan sembilan bab.

Karya itu dijual pada harga RM80 senaskhah dan boleh didapati di kedai buku Rencana atau secara atas talian di bukuibde.com

 


Pengarang :