Gambar hiasan perbicaraan mahkamah
AGENDAJENAYAH

Dakwaan terima suapan ejen urus jenazah, penolong pegawai perubatan direman

TEMERLOH, 8 FEB: Seorang penolong pegawai perubatan di sebuah hospital direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kerana disyaki menerima suapan berjumlah RM17,859, daripada ejen pengurusan jenazah.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Mohamed Shah Reza Noot Azman terhadap lelaki berusia 57 tahun itu yang bertugas di Unit Perubatan Forensik hospital berkenaan.

Lelaki itu ditahan selepas hadir memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini semalam, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Suspek dipercayai menerima suapan daripada ejen pengurusan jenazah sebagai balasan untuk mendapatkan kerja-kerja pengurusan jenazah di hospital tempatnya bertugas antara 2021 dan 2022.

Terdahulu, suspek yang memakai pakaian lokap SPRM berwarna jingga tiba di perkarangan Mahkamah Temerloh sekitar 11.30 pagi.

— BERNAMA

 

 

 


Pengarang :