Oleh AZIAN AZIZ
SHAH ALAM, 28 FEB: Akademi Kepimpinan Wanita (AKW) memberi pendedahan kepada golongan wanita dalam pelbagai aspek termasuk kemahiran organisasi, perkembangan peribadi serta pengurusan kewangan dan ekonomi.
Pengarah Program ‘Forum Integriti Sebagai Inspirasi: Dari Aspirasi Ke Realiti’, Cynthia Anand berkata AKW juga mengasah bakat wanita seterusnya melahirkan lebih ramai pemimpin dalam lapangan politik dan kerja sosial selaras dasar wanita Selangor.
“Forum terbabit adalah pelengkap kepada pengajian kami di AKW.
“AKW merupakan satu program intensif di bawah Jawatankuasa Tetap Pembangunan Wanita dan Keluarga Kerajaan Negeri melalui Wanita Berdaya Selangor Sdn Bhd,” katanya.

Menurutnya AKW turut memberi pendedahan mengenai isu wanita di arena nasional dan antarabangsa.
Forum berkenaan diadakan 19 Februari lalu di pejabat malaysiakini di Jalan Tandang, Petaling Jaya, Selangor.
Forum disertai ahli panel terdiri Ketua Jabatan Integriti & Governance, Menteri Besar Selangor Inc, Mudirah Muhd Nor dan bekas presiden Majlis Peguam, Dato’ S Ambiga.
Majlis dirasmikan Ahli Dewan Negeri (ADN) Bandar Utama Jamaliah Jamaluddin yang juga mentor akademi berkenaan.