Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan Titah Diraja pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima, Parlimen ke-14 di Dewan Rakyat pada 28 Februari 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Dewan Rakyat bertafakur peringati mangsa gempa bumi Turkiye, Syria

SHAH ALAM, 13 FEB: Dewan Rakyat hari ini bertafakur seketika bagi memperingati mangsa tragedi gempa bumi di selatan Turkiye dan Syria.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah meminta semua ahli Parlimen bangun dan membacakan al-Fatihah kepada mangsa terlibat.

“Beta ingin merakamkan ucapan takziah kepada presiden serta seluruh rakyat Turkiye dan Syria di atas kejadian gempa bumi yang telah meragut ribuan nyawa baru-baru ini.

“Sesungguhnya Malaysia berasa amat dukacita di atas musibah tersebut. Justeru, Beta meminta ahli-ahli Yang Berhormat berdiri untuk bertafakur bersama Beta.

“Kepada yang beragama Islam, marilah kita sedekahkan Al-Fatihah,” titah Baginda sempena istiadat pembukaan mesyuarat pertama penggal kedua Parlimen ke-15 hari ini.

Isnin lalu gempa bumi kuat dilaporkan melanda wilayah selatan Turkiye Kahramanmaras yang mengorbankan ribuan nyawa setakat ini.

Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (Afad) Turkiye memaklumkan gempa bumi berukuran 7.4 pada skala Richter berlaku pada 4.17 pagi (0117GMT) waktu tempatan berpusat di daerah Pazarcik.

Malaysia turut menghantar 75 anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat khas Malaysia (SMART) bersama peralatan untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di wilayah itu.

Pasukan MAS-10 di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) terdiri daripada Pasukan SMART, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia melakukan operasi mencari dan menyelamat akibat gempa di Nurdagi, Gaziantep, Turkiye pada 11 Februari 2023. Foto BERNAMA

Pengarang :