SHAH ALAM, 24 FEB: Diskaun sehingga 20 peratus akan diberikan untuk pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mulai 1 Mac ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Parlimen hari ini berkata diskaun tersebut diberikan untuk tempoh tiga bulan.
“Bagi meringankan beban kewangan peminjam yang terkesan, kerajaan bersetuju memberikan penangguhan bayaran balik kepada peminjam berpendapatan bulanan RM1,800 ke bawah untuk tempoh enam bulan.
“Permohonan penangguhan ini boleh dibuat mulai 1 Mac depan,” katanya.