Gambar Hiasan
AGENDAJENAYAH

Dua beradik ditemukan lemas ketika mandi di kolam renang

IPOH, 27 FEB: Dua beradik ditemukan lemas ketika mandi di sebuah kolam renang di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian itu pada 6.10 petang.

“Pihak kami telah menyiasat lokasi kejadian dan mendapati dua beradik berumur sembilan dan lapan tahun yang berasal dari Ipoh didapati lemas semasa berenang di dalam kolam tersebut.

“Mangsa yang merupakan seorang kakak dan adik lelaki itu dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini oleh ambulans dan disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital,” katanya dalam kenyataan.

Yahaya memaklumkan punca kematian mangsa adalah disebabkan lemas dalam air, hasil daripada proses bedah siasat yang selesai dijalankan hari ini.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611) iaitu mengabaikan, mendedahkan kanak-kanak dengan cara yang mungkin akan menyebabkan mengalami kecederaan fizikal.

“Orang awam khususnya ibu bapa atau penjaga dinasihatkan supaya tidak mendedahkan kanak-kanak kepada aktiviti yang mungkin mendatangkan bahaya bagi mengelakkan berlaku sebarang tragedi tidak diingini,” katanya.

– BERNAMA


Pengarang :