Peserta membuat pendaftaran sebelum menjalani Ujian PCR Virus Papiloma Manusia (HPV) Percuma Untuk Saringan Kanser Pangkal Rahim di Dewan Komuniti MBPJ Damansara Damai, Petaling Jaya pada 13 Februari 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

DUN Bandar Utama anjur saringan kesihatan percuma esok

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 17 FEB: Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Utama menganjur program saringan kesihatan percuma esok.

Wakil rakyatnya berkata program dengan kerjasama Hospital Assuta dikhususkan kepada penduduk Kampung Sungai Kayu Ara.

Menurut Jamaliah Jamaluddin, pemeriksaan akan diadakan di Balai Raya Kampung Sungai Kayu Ara mulai 8.30 pagi hingga 12 tengah hari.

“Mereka yang berminat boleh mendaftarkan diri menerusi pautan http://tiny.cc/KlinikKayuAra. Sebarang pertanyaan boleh diajukan di talian 016-684 9371,” katanya menerusi Facebook.

Beliau berkata peserta mestilah warganegara dengan pendapatan RM2,500 ke bawah dan boleh mendaftar secara terus.

Jamaliah menambah penduduk yang ingin memohon kad program kebajikan sosial pesakit luar Hospital Assunta (SWOP) perlu menyertakan slip gaji atau bukti pendapatan bulanan atau surat pengesahan penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).


Pengarang :