Pegawai Operasi Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Penyelaras DUN Gombak Setia, Din Yahaya membantu orang ramai membuat permohonan Skim Mesra Usia Emas (SMUE). Foto SHAMZ JOHAN/SELANGORKINI
ADNBERITA UTAMASELANGOR

DUN Gombak Setia terima lebih 1,000 permohonan baharu SMUE

OLEH SHAMZ JOHAN

GOMBAK, 1 FEB: Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia menerima lebih 1,000 permohonan baharu Skim Mesra Usia Emas (SMUE) setakat Januari.

Pegawai Operasi Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Penyelaras DUN Gombak Setia, Din Yahaya berkata pihaknya menjangkakan lebih banyak lagi permohonan diterima berikutan proses memohon juga mudah.

“Sambutan sangat menggalakkan, kita jangka lebih ramai lagi yang akan tampil untuk memohon.

“Kita harap ramai (penduduk) akan terus mendapat manfaat bukan saja skim ini tapi juga dengan skim-skim lain,” katanya.

Tambah Din, setakat ini 1,600 penerima baharu dan lama telah menerima baucar masing-masing.

Menerusi SMUE, pemohon layak mendapat baucar beli-belah RM150 dan manfaat khairat kematian bernilai RM 500.


Pengarang :