Oleh SHAMZ JOHAN
AMPANG JAYA, 3 FEB: Penganjuran program dan aktiviti melibatkan belia menjadi agenda utama Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang.

Pengurus Pusat Khidmat Masyarakatnya berkata pihaknya merancang untuk mewujudkan pasukan sukarelawan melibatkan golongan terbabit.
“Selain itu kita akan bertemu dengan komuniti belia setempat untuk berbincang mengenai program-program yang akan dianjurkan seperti pertandingan sukan, program e-sukan.

“Kita juga akan menumpukan usaha membaik pulih kemudahan sukan dan infrastruktur menggunakan peruntukan wakil rakyat,” kata Mohd Helmizan Abdul Karim.
Sementara itu, Ahli Majlis Zon 3 Anfaal Saari berkata pihaknya menumpu untuk memperbanyakkan aktiviti atau program sukan untuk menarik penglibatan belia.
“Terbaru, kita anjurkan program tukar minyak hitam percuma dengan kerjasama Penggerak Belia Selangor DUN Hulu Kelang,” katanya.