Penduduk sekitar mengambil peluang membeli barangan keperluan asas di Jelajah Ehsan Rakyat DUN Kuang bertempat Azalea Court Tasik Puteri, Rawang pada 22 Februari 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

DUN Kuang hasrat edar 5,000 beg guna semula, jayakan kempen bebas plastik

Oleh DIANA ABD WAHAB

GOMBAK, 22 FEB: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuang berhasrat mengedarkan 5,000 beg guna semula kepada pengunjung jualan murah di kawasannya mulai Mac,

Penyelarasnya Salasiah Disa berkata inisiatif itu diambil bagi mendidik penduduk selain menjayakan kempen bebas plastik

Penyelaras DUN Kuang Salasiah Disa. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

“Kita rancang untuk beri beg bersaiz A3 untuk pengunjung malah sudah tetapkan reka bentuk cuma masih tunggu peruntukan sebelum buat tempahan.

“Kita yakin dapat edarkan kepada penduduk pada awal Mac agar mereka bawa beg sendiri ketika kunjungi jualan murah yang kita anjurkan,” katanya.

Ditemui di Jelajah Ehsan Rakyat di Azalea Court Tasik Puteri di sini, Salasiah berkata pihaknya sudah beberapa kali mengedarkan beg guna semula kepada pengunjung dalam beberapa program anjuran DUN Kuang sebelum ini.

Nik Nur Jihan Nik Mohd Mukhtar, 39, menggunakan troli untuk membawa barang yang dibelinya di Jelajah Ehsan Rakyat DUN Hulu Kelang di AU3, Keramat pada 2 Februari 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI

Bermula 7 Februari lalu Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menyarankan agar pengunjung juala murah membawa beg sendiri untuk mengisi barangan yang dibeli bagi menyokong kempen bebas beg plastik yang dilaksanakan Kerajaan Negeri.

Selangor mula melarang penggunaan beg plastik pada setiap Sabtu sejak 2009 sebelum diperluas kepada tujuh hari seminggu mulai 2017.


Pengarang :