Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa (tengah) dan Ahli Dewan Negeri Permatang Rozana Zainal Abidin (enam, kiri) bergambar bersama di pekarangan pusat khidmat masyarakat DUN Permatang, Kuala Selangor pada 9 Februari 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

DUN Permatang anjur saringan kesihatan percuma pada 26 Feb

KUALA SELANGOR, 9 FEB: Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Permatang akan melaksanakan program pemeriksaan kesihatan percuma di Dewan Sungai Terap di sini pada 26 Februari ini.

Wakil rakyatnya berkata program ‘Kesihatan Untuk Semua’ dengan kerjasama Universiti Selangor (UNISEL) dikhususkan kepada individu daripada peringkat belia hingga warga emas.

Ahli Dewan Negeri Permatang Rozana Zainal Abidin. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

“Kita menyediakan program seperti pemeriksaan mata dengan membawa petugas kesihatan dari luar.

“Rerurai pendaftaran Skim Insurans Am Selangor (INSAN) juga akan dibuka bagi memudahkan penduduk membuat pendaftaran termasuk Peka B40,” kata Rozana Zainal Abidin.

Beliau ditemui pada majlis ramah mesra bersama Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa di PKM terbabit di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata program terbabit turut menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada individu yang mempunyai masalah mental.

“Berdasarkan kajian, kita dapati ramai yang ada masalah tetapi memilih untuk pendam dan akhirnya hanya merosakkan diri sendiri.

“Jadi kita cuba untuk mewujudkan pusat setempat supaya mereka ada tempat untuk merujuk sekiranya ada masalah kemurungan atau keresahan,” katanya.


Pengarang :