Orang ramai mendapatkan barang keperluan asas pada harga murah menerusi program Jelajah Ehsan Rakyat DUN Morib di Taman Sri Desa, Kuala Langat pada 21 Januari 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

DUN Sungai Tua antara sembilan lokasi jualan murah PKPS esok

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 6 FEB: Jualan murah anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diterus di sembilan Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk Sungai Tua esok.

Jelajah Ehsan Rakyat (JER) diadakan di Kampung Nakhoda (DUN Sungai Tua) selain Apartmen Rosewood, Tasik Puteri (DUN Kuang) dan Flat Bosnia (DUN Seri Serdang).

Lokasi lain ialah Jalan Nirwana 1/1, Taman Nirwana (DUN Pandan Indah), Paya Jaras Dalam (DUN Paya Jaras) dan pekarangan Surau Haji Mat Som di Jalan Khamis (DUN Meru).

Tiga lagi lokasi tapak parkir Masjid Bukit Naga (DUN Sungai Kandis), Kampung Jenjarom (DUN Sijangkang) dan pekarangan Masjid At-Toyyibin Kampung Endah (DUN Tanjung Sepat).

JER menawarkan barangan seperti ayam standard pada harga RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan).

Turut dijual pada harga murah ialah ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).

Orang ramai boleh melayari laman sosial PKPS atau pautan https://linktr.ee/myPKPS untuk kemas kini lokasi jualan dari semasa ke semasa.


Pengarang :