Seorang lelaki warga New Zealand cedera dipercayai terjatuh dari tingkat 14 ke tingkat 11 di sebuah pusat perdagangan di Damansara ekoran melarikan diri daripada Jabatan Imigresen pada 21 Februari 2023. Foto Bomba Selangor
AGENDANASIONAL

Elak ditahan Imigresen, lelaki warga New Zealand cedera jatuh dari tingkat 14

KUALA LUMPUR, 21 FEB: Seorang lelaki warga New Zealand cedera selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 14 ke tingkat 11 akibat melarikan diri daripada pihak Imigresen di sebuah pusat perdagangan di Damansara di sini, petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Hafisyam Mohd Noor berkata mangsa terjatuh di bumbung tingkat 11 kawasan tangki air.

Beliau berkata mangsa yang berumur 36 tahun mengalami kecederaan di tangan dan tulang pinggul.

“Bomba menerima panggilan kecemasan pada 5.15 petang dan tiba di lokasi 16 minit kemudian.

“Mangsa diturunkan oleh pihak bomba menggunakan pengusung dan diberi rawatan oleh pasukan Bulan Sabit Merah,” katanya dalam kenyataan. – BERNAMA


Pengarang :