AGENDANASIONAL

Elaun 35,000 guru Kafa dinaikkan kepada RM1,100

SHAH ALAM, 24 FEB: Kerajaan Persekutuan bersetuju menaikkan elaun 35,000 guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) kepada RM1,1000 bermula tahun ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan kenaikan sebanyak RM100 itu membabitkan peruntukan tambahan lebih RM40 juta.

“Menghargai jasa dan keringat mereka, kerajaan bersetuju untuk menaikkan elaun bagi 35,000 guru Kafa sebanyak RM100 kepada RM1,100 dengan peruntukan tambahan lebih RM40 juta,” katanya.

Anwar yang juga menteri kewangan turut bersetuju memberikan sumbangan khas RM600 ringgit kepada 70,000 imam, bilal, tok siak, noja, marbut, guru Kafa dan guru takmir dengan dana lebih RM40 juta.

Beliau mengumumkan perkara itu ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Parlimen hari ini.


Pengarang :