Syarikat Embraer berkongsi kepada pemain industri jet penerbangan komersial keluaran syarikatnya, E195-E2 yang menggunakan teknologi baharu seperti penjimatan minyak pada Pameran Udara Selangor (SAS) 2021 di Pusat Penerbangan Serantau Skypark, Subang pada 25 November 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

EXCO: Pameran udara negeri tahun ini dijangka terima lebih banyak penyertaan

SHAH ALAM, 10 FEB: Pameran Udara Selangor (SAS) tahun ini diramal menarik lebih banyak penyertaan syarikat penerbangan dan pengunjung sekali gus memerlukan ruang besar bagi mempamerkan pesawat.

EXCO Pelaburan Dato’ Teng Chang Khim yakin pihaknya dapat menguruskan penganjuran pameran kali ketiga khususnya bagi menampung kehadiran pengunjung dari dalam dan luar negara.

“Program bakal berlangsung di Pusat Penerbangan Wilayah Skypark (Skypark RAC), Subang dengan saiz lebih besar berbanding dua penganjuran terdahulu.

“Bagaimanapun lokasi agak terhad kerana kita memerlukan ruangan besar. Kita yakin mampu menguruskannya. Kita akan pastikan banyak pesawat dapat dipamerkan,” katanya kepada Selangorkini.

Pengunjung merakam gambar sempena Pameran Udara Selangor (SAS) 2022 di Pusat Penerbangan Wilayah Skypark, Bukit Jelutong, Shah Alam pada 10 September 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Bermula 2021, Kerajaan Negeri menganjurkan SAS bagi mengalakkan pertumbuhan sektor aeroangkasa selain menyediakan platform kepada syarikat tempatan serta usahawan industri kecil dan sederhana meneroka bidang itu.

Usaha menerusi pelaksanaan Pelan Tindakan Aeroangkasa yang dikendalikan Pejabat Koordinasi Industri Angkasa Selangor Darul Ehsan (S-DAICO) itu juga seiring dengan sasaran negeri sebagai pemain utama aeroangkasa menjelang 2030.

Penganjuran tahun lalu yang berlangsung 8 hingga 10 September mencatat potensi nilai transaksi sebanyak RM1.174 bilion manakala SAS 2021 yang julung kali diadakan merekodkan RM100 juta.

Juruteknik Prima Air, Faizal Mohamad, 40, (kanan) menerangkan kepada pengunjung fungsi peralatan di dalam kapal terbang ketika Pameran Udara Selangor (SAS) 2021 di Pusat Penerbangan Serantau Skypark, Subang pada 27 November 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Pengarang :