Kerja penyelengaraan tapak Pameran Udara Selangor (SAS) 2022 di Terminal Skypark, Subang pada 5 September 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
SELANGOR

Galak pelaburan, kerajaan besarkan Lapangan Terbang Subang

SHAH ALAM, 24 FEB: Kerajaan akan membesarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Subang bagi menggalakkan kemasukan pelabur, peniaga dan pelancong.

Perdana Menteri berkata langkah tersebut dijangka memanfaatkan pertumbuhan ekonomi pada kos yang jauh lebih rendah berbanding cadangan membina lapangan terbang baharu di Kulim yang dianggarkan bernilai RM7 bilion.

“Bagi menyokong perkembangan perdagangan antarabangsa, kerajaan mendukung cadangan pembangunan pelabuhan utama di Pulau Carey oleh pihak swasta,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 hari ini.


Pengarang :