Ramesh G Subramaniam, 56, bersama Indira Gahdi Gopal, 50 dihadapan kendera saji ketika tinjauan perniagaan peserta program Pembangunan Usahawan India Selangor (SITHAM) di Tapak perniagaan HM Cuisine, Klang pada 9 Februari 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Hijrah tawar pinjaman khas kepada usahawan India, galak teroka peluang baharu

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 6 FEB: Usahawan India digalak memohon pinjaman khas bagi mengembangkan perniagaan menerusi program Pembangunan Usahawan India Selangor (Sitham).

Pembiayaan di bawah Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) itu antara inisiatif memastikan pembangunan komuniti terbabit seiring kepesatan kemajuan negeri.

Agensi itu memaklumkan skim berkenaan terbuka kepada usahawan India yang ingin meneroka peluang perniagaan selain tidak cukup modal mengembangkan perniagaan.

“Hijrah Selangor menawarkan Program Sitham atau dalam bahasa Tamil Selangor Inthiyar Thozhil Arvalar Maiyam khusus buat komuniti India di Selangor.

“Ia bertujuan bagi menaik taraf kehidupan dan ekonomi menerusi janaan pendapatan menerusi kemahiran sendiri,” maklumnya di Facebook.

Maklumat lanjut permohonan skim  boleh layari laman sesawang www.hijrahselangor.com atau hubungi talian 010-2181585.

Setakat Januari hingga Julai tahun lalu, hampir 4,500 usahawan menerima pembiayaan perniagaan RM70 juta daripada Hijrah bagi memulakan perniagaan.

Selain Sitham, Hijrah turut menawarkan skim i-Bisnes, Zero to Hero, i-Bermusim, Niaga Darul Ehsan (NaDI), Go Digital, i-Lestari dan i-Agro.


Pengarang :