Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) mengunjungi Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) bagi membincangkan kerjasama menerbitkan terjemahan mahakarya karangan pemikir besar dunia pada 23 Februari 2023. Foto Facebook Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE)
AGENDANASIONAL

IBDE-ITBM kerjasama terbit naskhah terjemahan karya pemikir besar dunia

SHAH ALAM, 25 FEB: Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) bekerjasama dengan Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) untuk menerbitkan terjemahan mahakarya karangan pemikir besar dunia.

Syarikat penerbitan yang menerima geran Kerajaan Negeri memaklumkan naskhah berkenaan dijadual siap sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2023.

“IBDE mengucapkan terima kasih kepada ITBM atas peluang dan ruang kerjasama yang baik ini.

“Semoga dunia terjemahan karya agung terus tekal dan berupaya menghidupkan budaya ilmu masyarakat kita,” tulisnya di Facebook.

Pada 23 Februari, IBDE mengunjung ITBM bagi membincangkan kerjasama berkenaan. Kunjung jabatan penerbitan IBDE disambut Ketua Pegawai Eksekutif ITBM Sakri Abdullah.

PBAKL 2023 dijadual berlangsung pada 26 Mei hingga 4 Jun dari 10 pagi hingga 10 malam di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.


Pengarang :