EXCO pembangunan modal insan Mohd Khairuddin Othman bergambar bersama penerima tawaran milikan tanah (5A) ketika Jelajah Kita Selangor Penyayang (JKSP) daerah Kuala Selangor di Dataran Esplanade Eco Grandeur, Puncak Alam pada 26 Februari 2023.Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Inisiatif bantuan RiDE Selangor bukti pelaksanaannya berada di landasan tepat

KUALA SELANGOR, 27 FEB: Pengumuman bantuan kepada pekerja penghantar makanan atau barangan bermotosikal (p-panggilan) dalam Belanjawan 2023 merupakan bukti inisiatif Kerajaan Negeri berada di landasan betul.

EXCO Pembangunan Modal Insan Mohd Khairuddin Othman berkata bantuan kerajaan pusat tersebut mirip program Roda Darul Ehsan (RiDE) namun pelaksanaannya lebih menyeluruh.


EXCO pembangunan modal insan Mohd Khairuddin Othman mengunjungi pameran Jelajah Kita Selangor Penyayang (JKSP) daerah Kuala Selangor di Dataran Esplanade Eco Grandeur, Puncak Alam pada 26 Februari 2023.Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

“Selangor merupakan negeri pertama yang dekati golongan p-panggilan menerusi RiDE. Kita beri bantuan tunai RM500 kepada mereka.

“Sekarang, apabila kerajaan persekutuan pun mahu bantu, jadi kita tahu Selangor berada di landasan betul. Mereka boleh mohon dengan pusat atau Kerajaan Negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Jelajah Selangor Kita Penyayang (JKSP) peringkat Kuala Selangor di Dataran Esplanade Eco Grandeur, semalam.


Program mewarna untuk kanak-kanak antara aktiviti Jelajah Kita Selangor Penyayang (JKSP) daerah Kuala Selangor di Dataran Esplanade Eco Grandeur, Puncak Alam pada 26 Februari 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Dalam pembentangan Belanjawan 2023, kerajaan bersetuju menanggung bayaran ujian memandu untuk lesen motosikal kelas B2 dan lesen teksi, bas dan p-panggilan.

Program RiDE yang diwujudkan Kerajaan Negeri pada 2020 menawarkan subsidi lesen motosikal B2 berjumlah RM350, kursus p-panggilan bernilai RM150 dan caruman Perkeso RM70 setahun.


Pengarang :