Petugas PKPS membuat persiapan untuk jualan Program Jelajah Ehsan Rakyat DUN Batu Tiga di Seksyen 24 Shah Alam.pada 21 Januari 2023.Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Jualan murah ayam, ikan, beras di sembilan lokasi pagi ini

SHAH ALAM, 14 FEB : Program jualan murah barangan keperluan asas anjuran Kerajaan Negeri diteruskan ke sembilan lokasi hari ini, mulai jam 10 pagi.

Jelajah Ehsan Rakyat diadakan di Dewan Kanchong Darat (DUN Morib), tapak padang papan selaju Taman Sri Andalas (DUN Sungai Kandis), tapak pasar malam Taman Intan, Kapar (DUN Meru) dan Pangsapuri Melur (DUN Seri Serdang).

Program tersebut turut dianjurkan di balai raya Kampung Pasir (DUN Semenyih), pekarangan Masjid Cahaya Iman (DUN Rawang), dewan bola keranjang Kampung Baru Kundang (DUN Kuang), pusat desa Kampung Raja Musa (DUN Permatang) dan balai raya Batu 40 (DUN Sabak)

Jualan kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).

Inisiatif tersebut memanfaatkan lebih dua juta penduduk Selangor sepanjang tiga bulan pelaksanaan dari September hingga Disember tahun lepas.

Susulan sambutan menggalakkan, Kerajaan Negeri memperluaskan jualan barangan asas murah ke 1,200 lokasi mulai 15 Januari hingga menjelang Mei.

Orang ramai boleh melayari pautan linktr.ee/myPKPS untuk kemas kini lokasi jualan dari semasa ke semasa.


Pengarang :