Petugas membuat persediaan sebelum bermula jualan Jelajah Ehsan Rakyat DUN Gombak Setia di Gombak pada 20 Februari 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Jualan murah ayam, ikan, minyak masak di sembilan lokasi pagi esok

SHAH ALAM, 20 FEB: Program Jelajah Ehsan Rakyat (JER) yang menjual barangan keperluan harian pada harga murah diteruskan ke sembilan lokasi esok.

Jualan kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) bermula 10 pagi hingga 1 tengah hari bertempat di dataran lapang Taman Berlian (DUN Sabak) dan Dewan Komuniti Kampung Bestari Jaya (DUN Permatang).

Lokasi lain di Masjid Jamek Sultan Ibrahim, Kuala Selangor (DUN Bukit Melawati), pekarangan rumah ketua kampung Bukit Hijau (DUN Jeram), Dewan Merdeka Kuang (DUN Kuang) dan Surau Al-Falah Seksyen 8 Kota Puteri (DUN Rawang).

Program tersebut turut dianjurkan di balai Kampung Kuala Sungai Baru (DUN Seri Serdang), pekarangan Masjid Saujana Utama (DUN Paya Jaras) dan tapak parkir Surau Bukit Jati (DUN Sungai Kandis).

Jualan menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).

Inisiatif tersebut memanfaatkan lebih dua juta penduduk Selangor sepanjang tiga bulan pelaksanaan dari September hingga Disember tahun lepas.

Susulan sambutan menggalakkan, Kerajaan Negeri memperluaskan jualan barangan asas murah ke 1,200 lokasi mulai 15 Januari hingga menjelang Mei.

Orang ramai boleh melayari pautan linktr.ee/myPKPS untuk kemas kini lokasi jualan dari semasa ke semasa.


Pengarang :