Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor Datuk Norazam Khamis. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONALSELANGOR

Kanak-kanak lapan tahun ditemukan lemas, seorang lagi masih hilang

KUALA LUMPUR, 11 FEB: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemukan lemas manakala seorang lagi masih hilang dipercayai hanyut dalam longkang di Jalan Ukay Perdana, Ampang, di sini, hari ini.

Mangsa yang lemas dikenali sebagai Wan Muhammad Ammar Wan Mohd Noor Hafizan sementara yang masih hilang ialah Muhammad Riqullah Mohd Shafie, 10.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Datuk Norazam Khamis berkata bomba menerima panggilan kecemasan pada 4.44 petang dan tiba di lokasi pada 5.08 petang tadi.

Beliau berkata kanak-kanak berkenaan dipercayai dihanyutkan air di dalam longkang dianggarkan sedalam 1.22 meter.

“Ketika ini bomba sedang meneruskan operasi mencari dan menyelamat seorang lagi mangsa yang masih hilang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

– BERNAMA


Pengarang :