Seorang bapa memeluk anak-anaknya selepas gempa bumi kuat melanda Antakya, Turkiye pada 21 Februari 2023. Foto REUTERS/Clodagh Kilcoyne
AGENDAGLOBAL

Korban gempa bumi terbaharu di Turkiye meningkat kepada enam, 294 lagi cedera

ANKARA, 21 FEB: Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dan 294 yang lain cedera dalam gempa bumi terbaharu yang melanda wilayah Hatay, selatan Turkiye, pada Isnin, lapor Xinhua.

Dua gempa bumi masing-masing berukuran 6.4 dan 5.8 pada skala Richter berlaku dua minggu selepas gempa bumi kuat menggegarkan wilayah yang sama pada 6 Februari lalu yang mengorbankan lebih 41,000 orang.

Gempa bumi pertama menggegarkan daerah Defne di wilayah itu pada kira-kira jam 8.04 malam waktu tempatan (1704 GMT) disusuli gegaran kedua tiga minit kemudian dengan pusat gempa di daerah Samandag, menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan. – BERNAMA


Pengarang :