Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari meninjau kawasan jeti bersama nelayan sempena Jelajah Kita Selangor Penyayang daerah Klang di Jeti Pengkalan Nelayan, Kampung Delek, Klang pada 18 Februari 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKIN
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Kunjungan MB ke jeti nelayan Kampung Delek bawa khabar positif

PELABUHAN KLANG, 18 FEB: Kunjungan Dato’ Menteri Besar ke Kampung Delek dekat sini semalam turut membawa khabar positif buat penduduk kampung itu khususnya nelayan.

Dalam lawatan Dato’ Seri Amirudin Shari sempena Jelajah Kita Selangor Penyayang, beliau turut meninjau keadaan jeti di pengkalan nelayan kampung berkenaan.

Jeti Pengkalan Nelayan, Kampung Delek, Klang pada 18 Februari 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Keadaan jeti sementara yang uzur itu mendapat perhatian Kerajaan Selangor khususnya pemimpin nombor satu negeri itu.

Timbalan Pengerusi Persatuan Nelayan Kampung Delek berkata Dato’ Menteri Besar memberi maklum balas baik terhadap keluhan dan permintaan menaik taraf jeti sedia ada bagi memudahkan kerja memunggah hasil tangkapan.

“Kami sudah menghantar surat permohonan kepada beliau (Amirudin) bagi membina jeti yang lebih konkrit dan selesa untuk digunakan nelayan di sini.

“Alhamdulillah, beliau memberi maklum balas yang sangat baik selepas mendengar permasalahan. Kami minta jasa baik perkara ini dapat direalisasikan,” kata Mahmod Ahmad, 64, ketika ditemui Selangorkini.

Mahmod Ahmad. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Dalam pada itu, beliau mengakui 120 nelayan yang menganggotai persatuan terbabit tiada dana mencukupi untuk menaik taraf kemudahan tersebut berikutan hasil pendapatan tidak menentu.

Katanya penambahbaikan jeti berkenaan sudah dibuat beberapa kali sejak dibina enam tahun lalu namun tidak bertahan lama disebabkan strukturnya kayu.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari beramah mesra bersama peniaga pasar rakyat sempena Jelajah Kita Selangor Penyayang daerah Klang di Jeti Pengkalan Nelayan, Kampung Delek, Klang pada 18 Februari 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

“Ogos tahun lepas kami tambah baik jeti ini menggunakan kayu, apabila struktur sama digunakan, enam bulan atau setahun perlu ganti baharu.

“Dengan kos pembaikan mencecah RM30,000 kami tidak mampu. Jadi kami minta jasa baik supaya permohonan untuk naik taraf ke batu konkrit dapat dipertimbangkan,” katanya.


Pengarang :