Keadaan bangunan yang runtuh sebahagian selepas gempa bumi melanda Kahramanmaras, Turkiye, pada 17 Februari 2023. Foto REUTERS/Maxim Shemetov
AGENDAGLOBAL

Lagi gempa 5.1 skala richter gegar selatan Turkiye, tiada kematian

ANKARA, 19 FEB: Gempa bumi berukuran 5.1 pada skala Richter menggegarkan wilayah selatan Kahramanmaras pada Sabtu.

Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turkiye (Afad) memaklumkan gempa bumi berkenaan melanda daerah Goksun pada 10.31 malam waktu tempatan (1931GMT) dengan kedalaman 12.18 kilometer (7.57 batu), lapor Agensi Anadolu.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat gempa bumi terbaharu itu.

-BERNAMA


Pengarang :