Pegawai Penyelaras IPR Dun Bandar Utama Hanis Mohamad melihat kad pengenalan bagi mengesahkan kewarganegaraan sebelum dibenarkan membeli barangan asas pada Jelajah Ehsan Rakyat DUN Bandar Utama di Kampung Sungai Kayu Ara pada 22 Februari 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

Lebih 3,800 warga emas DUN Bandar Utama terima baucar beli-belah

Oleh Shamz Johan

PETALING JAYA, 22 FEB: Lebih 3,800 ahli Skim Mesra Usia Emas (SMUE) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Utama sudah menuntut baucar Jom Shopping setakat hari ini.

Pegawai penyelarasnya berkata pihaknya menerima lebih 2,000 permohonan baharu untuk SMUE dan 3,800 baucar telah pun dituntut penerima.

“Lebih 3,800 baucar Jom Shopping bernilai RM150 telah diserahkan daripada keseluruhan kira-kira 8,000 penerima SMUE setakat Februari ini.

“Kita gunakan semua saluran serta sumber yang ada bagi membantu penduduk seperti skim bantuan BINGKAS (Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor), SMUE dan juga INSAN (Skim Insurans Am Selangor),” kata Hanis Mohamad.

Menurut Hanis, pihaknya aktif mempromosikan skim dan inisiatif yang dibuat Kerajaan Negeri terutama untuk kumpulan berpendapatan rendah (B40).

“Kita turut berhubung dengan pihak sekolah bagi mengenalpasti pelajar-pelajar dari keluarga berpendapatan rendah untuk kita selaraskan jenis-jenis skim dan bantuan yang bersesuaian,” katanya lagi.

Terdahulu, permintaan tinggi penduduk pada program Jualan Ehsan Rakyat (JER) di Padang PKNS, Kampung Sungai Kayu Ara padi tadi, pihaknya bercadang untuk menganjurkan program sedemikian pada masa akan datang.

“Lebih 500 penduduk hadir hari ini, justeru, kita sasar untuk menganjurkan lagi program ini, tumpuan adalah kawasan paling ramai B40,” katanya.


Pengarang :