Sukarelawan Team Selangor mengumpul minyak masak daripada orang ramai sempena Jelajah Kita Selangor Penyayang di Oasis Batang Kali, Hulu Selangor pada 19 Februari 2023. Foto Team Selangor
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Lebih satu tan minyak masak terpakai dikumpul Team Selangor dalam tempoh enam jam

SHAH ALAM, 22 FEB: Lebih satu tan minyak masak terpakai dikumpul sukarelawan Team Selangor sempena Jelajah Kita Selangor Penyayang  (JKSP) di Hulu Selangor pada 19 Februari lalu.

Ketua Sekretariatnya Syahaizel Keman berkata minyak masak itu diperoleh daripada orang ramai yang menyokong kempen dengan kerjasama Trash4Cash, Bumi Waste Management (M) Sdn Bhd.

“Kita mengadakan kempen ini ketika jelajah yang berlangsung di Oasis Batang Kali, Hulu Selangor bagi memberi kesedaran kepada masyarakat supaya menghargai nilai sisa melalui aktiviti kitar semula.

Minyak masak yang berjaya dikumpul
sukarelawan Team Selangor daripada orang ramai sempena Jelajah Kita Selangor Penyayang di Oasis Batang Kali, Hulu Selangor pada 19 Februari 2023. Foto Team Selangor

“Dalam masa lebih kurang enam jam, 1,386.5 kilogram minyak masak terpakai dibeli daripada komuniti setempat,” katanya ketika dihubungi.

Dalam program sama, katanya sukarelawan turut mengedar risalah kesedaran kepada pengunjung dan peniaga makanan berhampiran supaya mengelak membuang minyak masak ke tempat tidak sepatutnya.

“Pembuangan minyak masak di merata tempat boleh menjurus kepada pencemaran alam.

Sukarelawan Team Selangor mengumpul minyak masak daripada orang ramai sempena Jelajah Kita Selangor Penyayang di Oasis Batang Kali, Hulu Selangor pada 19 Februari 2023. Foto Team Selangor

“Minyak masak yang dikumpul akan diproses untuk dijadikan biodiesel bagi kegunaan jentera berat,” katanya.


Pengarang :