Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada majlis perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi bulan Februari di Dewan De’ Seri Endon, Puspanitapuri, Putrajaya pada 7 Februari 2023. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Lima pakar anggotai badan penasihat khas menteri kewangan, tanpa sebarang bayaran

KUALA LUMPUR, 7 FEB: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan pelantikan Penasihat Petronas Tan Sri Mohd Hassan Marican untuk mengetuai badan penasihat khas kepada Menteri Kewangan.

Anwar berkata kumpulan penasihat yang terdiri daripada golongan profesional serta pakar ekonomi bertanggungjawab bagi membantu menasihatinya selaku Menteri Kewangan.

Beliau berkata empat lagi anggota badan penasihat khas itu ialah Pengerusi Eksekutif FVSB Sdn Bhd Datuk Ahmad Fuad Md Ali; Profesor Ekonomi Universiti Sunway Prof Dr Yeah Kim Leng; Profesor Ekonomi Universiti Malaya Datuk Prof Ulung Dr Rajah Rasiah dan Pengerusi Sarawak Energy Berhad Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi.

Anwar turut mengulangi pendiriannya bahawa anggota badan penasihat khas itu tidak akan menerima sebarang bayaran daripada kerajaan.

– BERNAMA


Pengarang :