Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mengagihkan fidyah kepada 334 keluarga di sekitar daerah Petaling pada 10 Februari 2023. Foto Facebook Mais
AGENSISELANGOR

Mais agih barangan dapur, ringan beban 334 keluarga

SHAH ALAM, 10 FEB: Sebanyak 334 keluarga di sekitar daerah Petaling menerima agihan fidyah berjumlah RM49,432 daripada Majlis Agama Islam Selangor (Mais) hari ini.

Agensi itu memaklumkan sumbangan bernilai RM148 setiap penerima itu diberikan dalam bentuk makanan asas seperti beras, tepung, minyak, gula, sardin, milo, kari ayam dan biskut.

“Agihan melibatkan kerjasama lima Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM) seperti Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, SMK Seksyen 18, Sekolah Kebangsaan (SK) Puchong Utama 2, SMK Seksyen 16 dan SMK Seksyen 24 (2).

“Semoga sumbangan yang diberikan ini dapat membantu meringankan bebanan mereka semua,” maklum agensi tersebut di Facebook.

Menurut Mais, bayaran fidyah boleh dilaksanakan secara atas talian melalui e-MAIS atau pautan http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php.


Pengarang :