Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menerima kunjungan hormat delegasi Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) Brunei Darussalam dan Badan Tanmiah Harta Majlis Ugama Islam (BTHMUI) pada 3 Februari 2023. Foto Facebook Mais
SELANGOR

Mais bertemu delegasi Brunei bincang perkasa pengurusan baitulmal, zakat

Oleh Shamz Johan

SHAH ALAM, 5 FEB: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menerima kunjungan hormat delegasi Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) Brunei Darussalam dan Badan Tanmiah Harta Majlis Ugama Islam (BTHMUI)

Agensi tersebut memaklumkan tujuan lawatan adalah untuk berkongsi maklumat mengenai pengurusan baitulmal, wasiat, zakat, wakaf dan pengurusan tauliah di Selangor.

“Lawatan ini juga bagi mengenal pasti amalan terbaik pentadbiran, struktur organisasi, kewangan dan perundangan. Semoga kerjasama erat yang padu dan utuh dapat dilaksanakan antara KHEU dan Mais di masa hadapan,” katanya menerusi Facebook.

Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menerima kunjungan hormat delegasi Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) Brunei Darussalam dan Badan Tanmiah Harta Majlis Ugama Islam (BTHMUI) pada 3 Februari 2023. Foto Facebook Mais

Delegasi terdiri 10 pegawai diketuai Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama Yang Mulia Pengiran Dato’ Seri Paduka Haji Mohammad Tashim Pengiran Haji Hassan disambut Pengerusi Mais Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Setiausahanya Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar.

Pegawai MAIS lain ialah Timbalan Setiausaha (Operasi) Nurhani Salwa Jamaluddin; Timbalan Setiausaha (Dasar dan Pengurusan) Norzaihan Mohd Zain dan Pengarah Baitulmal Indera Shahril Mohd Shahid.

Turut hadir Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Selangor Sabariah Salleh; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Wakaf Selangor Anuar Hamzah Tohar dan Ketua Jabatan Pengurusan Operasi Lembaga Zakat Selangor Zainudin Johari.

 


Pengarang :