Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis bercakap kepada media ketika melakukan kunjungan bagi rancangan penubuhan Serve Elit di Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jelutong, Shah Alam pada 24 Mei 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDAJENAYAH

Mayat lelaki ditemukan dipercayai mangsa lemas Sungai Pisang Ahad lalu

KUALA LUMPUR, 14 FEB: Mayat lelaki ditemukan di kunci air Sungai Kerdas, Gombak, di sini, hari ini dipercayai mangsa lemas Sungai Pisang, Batu 12, pada Ahad lepas.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Datuk Norazam Khamis dalam kenyataan berkata mayat ditemukan pada 10.34 pagi kira-kira 10 meter dari lokasi mangsa mandi-manda.

Ahad lepas, seorang lelaki berusia lingkungan 20-an dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Pisang, Gombak manakala rakannya terselamat.

– BERNAMA


Pengarang :