Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melawat gerai penjaja sempena Majlis Pelancaran Platform Selangor (PLATS) 2.0 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Batu Caves pada 11 April 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB: 20,271 peniaga terima manfaat inisiatif platform digital negeri

SHAH ALAM, 10 FEB: Seramai 20,271 peniaga menerima manfaat menerusi inisiatif Platform Selangor (PLATS) sejak dilancarkan pada 2020.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata PLATS adalah platform promosi dan direktori digital menggerakkan ekonomi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro terutama penjaja dan peruncit Selangor.

“Seramai 20,271 peniaga telah menerima manfaat sejak pelancaran. PLATS telah melebarkan pasaran produk para peniaga untuk mendapatkan lebih ramai pelanggan dan menggandakan jualan.

“Peningkatan penyertaan membuktikan keberkesanannya. Agenda digitalisasi Selangor sentiasa berkembang,” katanya di Facebook.

PLATS diperkenal pada Ramadan 2020 bagi melengkapkan ekosistem Agenda Digitalisasi Selangor menerusi platform digital susulan penularan wabak Covid-19.

Pada 11 April 2021, PLATS 2.0 dilancarkan bagi membantu peniaga menjana pendapatan sepanjang masa, tidak terhad ketika bulan puasa sahaja.

Platform maya siri 3.0 itu diteruskan pada April tahun lalu yang turut melibatkan kerjasama Rakan Digital Selangor (RDS).

 

 


Pengarang :