Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengadakan pertemuan dengan Gabenor Jawa Timur Khofifah Indar Parawansa di Surabaya, Indonesia pada 5 Februari 2023. Foto Facebook Amirudin Shari
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

MB bertemu Gabenor Jawa Timur bincang aspek bekalan makanan, pelaburan

SHAH ALAM, 6 FEB: Dato’ Menteri Besar mengadakan pertemuan dengan Gabenor Jawa Timur bagi membincangkan pelbagai perkara berkaitan industri.

Pertemuan dua hala Dato’ Seri Amirudin Shari bersama Khofifah Indar Parawansa di Surabaya, Indonesia turut menyentuh aspek rangkaian bekalan makanan dan pelaburan.

“Kesempatan hadir program rasmi Kerajaan Negeri di Surabaya ini saya mulakan dengan bertemu Gubernur Jawa Timur, Ibu Khofifah Indar Parawansa.

“Pelbagai aspek kami bincangkan secara dua hala khusus berkaitan industri termasuklah rangkaian bekalan makanan serta pelaburan ke arah mengurangkan beban yang dihadapi rakyat akibat inflasi,” tulisnya di Facebook semalam.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengadakan pertemuan dengan Gabenor Jawa Timur Khofifah Indar Parawansa di Surabaya, Indonesia pada 5 Februari 2023. Foto Facebook Amirudin Shari

Amirudin turut berterima kasih kepada pemimpin itu atas kesudian menerima kunjungan selain sedia bekerjasama dalam perkara yang dibincangkan.

“Terima kasih kepada Ibu Khofifah dan pasukannya di Pemerintah Provinsi Jawa Timur atas layanan yang sungguh mesra dan kesediaan menerima kami dari Selangor.

“Insya-Allah kerjasama Jawa Timur-Selangor kita rentas bersama-sama,” katanya.


Pengarang :