Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menikmati makan tengah hari di Pusat Penjaja Taman Putra Perdana, Sepang pada 17 Februari 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

MB iringi PM nikmati nasi ayam hainan sebelum solat Jumaat di Sepang

SEPANG, 17 FEB: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa kira-kira 30 minit menikmati makan tengah hari di pusat penjaja Taman Putra Perdana di sini, hari ini.

Beliau yang diiringi Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari tiba jam 12.40 tengah hari dan memilih untuk menikmati menu nasi ayam hainan sebelum menunaikan solat Jumaat.

Kehadiran pemimpin nombor satu negara itu disambut meriah oleh pengunjung yang teruja mahu bergambar, beramah mesra dan bersalaman dengannya.

Turut hadir Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) Dato’ Abd Hamid Hussain dan Ahli Dewan Negeri (ADN) Tanjung Sepat Borhan Aman Shah.

Perdana menteri dan Dato’ Menteri Besar kemudian menunaikan solat Jumaat di Masjid Taman Putra Perdana di sini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim
diiringi Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersalaman bersama pengunjung sebelum menikmati makan tengah hari di Pusat Penjaja Taman Putra Perdana, Sepang pada 17 Februari 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

 


Pengarang :