Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersalaman dengan orang ramai ketika meninjau Jualan Ehsan Rakyat sempena Jelajah Kita Selangor Penyayang (JKSP) di Pangsapuri Sri Perantau, Klang pada 18 Februari 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

MB: Jamin nilai aset, isu hak milik strata Pangsapuri Seri Perantau diselesai

KLANG, 18 FEB: Isu hak milik strata kira-kira 800 pemilik unit Pangsapuri Seri Perantau di sini, dijangka selesai Ogos ini sekali sekali gus menjamin nilai aset kediaman penduduk.

Dato’ Menteri Besar berkata pemberian surat pemilikan kepada setiap rumah itu merupakan hasil usaha Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan keseluruhan prosedur yang ditetapkan sejak 2021.

“Ada beberapa isu setempat kawasan ini yang kita perlu selesaikan. Saya dimaklumkan oleh penyelaras Selat Klang Dato’ Teng Chang Khim mengenai isu milikan strata penduduk sini.

“Kita sudah selesai 11 daripada 17 langkah yang diperlukan termasuk urusan dengan pejabat tanah dan galian, pihak berkuasa tempatan serta peguam. Kumpulan pertama dijangka dapat status milikan pada Jun ini,” katanya.

Beliau berucap pada program Jelajah Kita Selangor Penyayang di Pangsapuri Seri Perantau di sini, hari ini.

Amirudin berkata pihaknya juga membantu menyelesaikan isu lain seperti tunggakan utiliti dengan Tenaga Nasional Berhad dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd.

“Pangsapuri ini mempunyai 12 blok bangunan dan didiami sejak 2000. Kita dapati semua rumah tak ada hak milikan,” katanya.


Pengarang :