Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) menggaul ‘yee sang’ sempena Jelajah Tahun Baharu Cina Parlimen Gombak di kediaman Pengarah Sri Ternak Group Sdn Bhd Datuk Raymond Ho Cheng Hann di Selayang Jaya pada 24 Januari 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
BERITA UTAMASELANGOR

MB: Perayaan adalah peluang bertanya khabar, erat silaturahim

SHAH ALAM, 6 FEB: Dato’ Menteri Besar berkata meraikan sesuatu perayaan merupakan peluang sangat baik untuk bertanya khabar selain mengeratkan silaturahim.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata perkara itu dirasainya ketika kunjungan beliau ke rumah rakan taulan sekitar Gombak sempena Tahun Baharu Cina yang lalu.

“Sebagaimana kelaziman sejak 2008 saya akan kunjungi rumah pimpinan akar umbi di Sungai Tua menjelang sambutan Tahun Baharu Cina.

“Saya dapat rasakan kemeriahan yang sangat luar biasa tahun ini selepas kita agak terkekang semasa kita bertembung dengan pandemik (Covid-19) pada tahun-tahun yang lalu.

“Ini hubungan yang sangat baik apabila saya dapat lihat semua sangat ramah antara satu sama lain. Semangat perpaduan ini kita harus kekalkan,” katanya menerusi video di Facebook.

Pada sambutan Tahun Baharu Cina yang lalu, Amirudin menziarahi lima rumah sahabat berbangsa Cina di Hulu Kelang, Gombak Setia dan Sungai Tua.

Tambahnya, yang menarik perhatian adalah apabila tuan rumah mengambil inisiatif memakai baju Melayu walaupun merayakan Tahun Baharu Cina.


Pengarang :