Pasukan penyelamat mencari mangsa yang terselamat di bawah runtuhan berikutan gempa bumi di Diyarbakir, Turkiye pada 6 Februari 2023. Foto REUTERS
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB rakam takziah mangsa gempa bumi di Turkiye, Syria

SHAH ALAM, 7 FEB: Dato’ Menteri Besar merakamkan ucapan takziah kepada mangsa yang terlibat dalam gempa bumi Turkiye dan Syria.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata rakyat Selangor berduka dengan bencana yang menimpa kawasan terbabit.

“Takziah diucapkan kepada seluruh mangsa terlibat. Doa saya bersama mangsa gempa bumi kuat di Turkiye dan Syria #PrayForTurkiye,” katanya menerusi Twitter.

Semalam, media antarabangsa melaporkan gempa bumi dengan kekuatan magnitud 7.9 skala richter menggegarkan selatan Turkiye

Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) Turkiye memaklumkan gempa bumi berlaku jam 4.17 pagi (waktu tempatan) dan berpusat di daerah Pazarcik.

Gegaran menyebabkan puluhan bangunan musnah itu turut dirasai di wilayah lain termasuk Diyarbakir dan Gaziantep serta negara jiran termasuk Lubnan dan Syria.

Jumlah korban terkini dilaporkan 3,400 orang dan dijangka boleh meningkat lapan kali ganda, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Malaysia menghantar 75 anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) untuk membantu usaha mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di selatan sana.


Pengarang :