AGENDANASIONAL

MB rakam takziah pemergian isteri Dr Mohd Farid Ravi

SHAH ALAM, 27 FEB: Dato’ Menteri Besar merakamkan ucapan takziah kepada Rektor Universiti Islam Antarabangsa Selangor (UIS) Profesor Madya Dato’ Dr Mohd Farid Ravi Abdullah atas pemergian isteri beliau petang tadi.

Dato’ Seri Amirudin Shari mendoakan semoga roh Almarhumah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa, dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

“Inalillahwainailaihirajiun. Takziah diucapkan kepada Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Farid Ravi Abdullah, Rektor UIS di atas pemergian isteri beliau, Almarhumah Datin Suziana Mohd Soyong, pada jam 5.40 petang ini di Hospital Serdang.

“Semoga roh Almarhumah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa, dan ditempatkan di kalangan orang beriman. Takziah kepada ahli keluarga dan sahabat,” ucapnya menerusi Facebook.

Sementara itu, Dr Mohd Farid Ravi menerusi Facebook memaklumkan solat jenazah isterinya diadakan selepas solat Isyak di Masjid Bandar Seri Masjid Bandar Seri Putra, Bangi.


Pengarang :