Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan sumbangan kepada Nazir Masjid Al-Mardhiyah Datuk Dr Ahmad Sharifuddin Mohd Asri selepas menunaikan solat Subuh di Masjid Al-Mardhiyah sempena Jelajah #KitaSelangor Penyayang (JKSP) daerah Gombak di Taman Melawati pada 25 Februari 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/ SELANGORKINI
AGENDANASIONALSELANGOR

MB sumbang RM10,000 kepada Masjid Al-Mardhiyah jaya program Ramadan

Oleh SHAMZ JOHAN

AMPANG, 25 FEB: Dato’ Menteri Besar menghulurkan sumbangan RM10,000 kepada Masjid Al-Mardhiyah, Taman Melawati di sini bagi melaksanakan program Ramadan tahun ini.

Dato’ Seri Amirudin Shari melalui Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI menyampaikan bantuan selepas menunaikan solat dan kuliah Subuh sempena program Jelajah #KitaSelangor Penyayang (JKSP) daerah Gombak hari ini.

Nazir Masjid Al-Mardhiah melahirkan penghargaan di atas sumbangan tidak diduga daripada Dato’ Menteri Besar.

“Sumbangan diberi ini tidak dimaklumkan sebelumnya namun kita berterima kasih kerana ia membantu memperkasa program dirancang sepanjang Ramadan ini.

“Program dirancang adalah antaranya tadarus al-Quran, majlis khatam, iftar dan moreh serta bantuan kepada golongan memerlukan,” kata Datuk Dr Ahmad Sharifuddin Mohd Asari.

Menurutnya, lebih 120 keluarga daripada golongan tersebut seperti anak yatim, asnaf dan kurang berkemampuan (B40) dibantu untuk persiapan Aidilfitri pada tahun lalu.

Selepas program berakhir, Amirudin bersarapan di Warung Pak Ajis, Taman Melawati sebelum melawat gerai di Pasar Tani.


Pengarang :