Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat MBI Ahmad Azri Zainal Nor (dua, kiri) diiringi ketua guru Sekolah Rendah Agama An Nasihin, Saodah Tuwa melihat pagar yang siap dibina sumbangan MBI di Kampung Sungai Kertas, Gombak pada 24 Februari 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMAPILIHAN MINGGUANSELANGOR

MBI peruntuk RM500,000 bantu pembaikan infrastruktur sekolah tahun ini

SHAH ALAM, 13 FEB: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI memperuntuk RM500,000 untuk pembaikan infrastruktur sekolah tahun ini, kata ketua tanggungjawab sosial korporatnya.

Ahmad Azri Zainal Nor berkata setakat ini Sekolah Kebangsaan (SK) Subang Bestari 2 (RM10,000), SK Taman Klang Utama (RM20,000) dan SK Bandar Sri Damansara 2 (RM10,000) sudah menerima bantuan.

“Terbaharu sumbangan diberikan kepada SK Subang Bestari 2 untuk pembaikan pam air yang mengalami kerosakan sehingga menyebabkan bekalan tidak stabil.

“Mereka maklumkan kepada kita pada Januari lalu dan setakat ini kerja-kerja membaiki sedang dilaksanakan. Semoga dengan kelulusan ini, masalah air di sekolah tersebut dapat diselesaikan,” katanya kepada SelangorKini.

Sepanjang tahun lalu, MBI membantu hampir 100 sekolah dalam membangunkan infrastruktur demi keselesaan pelajar.

Bantuan melibatkan dana RM1.5 juta dibuat secara tahunan bagi memastikan sekolah mendapat kemudahan terbaik.

 


Pengarang :