Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) membuka kaunter Ez-Pay di beberapa lokasi bagi memudahkan urusan pembayaran. Foto Facebook Majlis Bandaraya Petaling Jaya
PBTSELANGOR

MBPJ buka kaunter bergerak di tujuh lokasi, permudah bayaran cukai taksiran

Oleh Shamz Johan

SHAH ALAM, 1 FEB: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) membuka kaunter bergerak untuk memudahkan orang ramai membayar cukai taksiran sepanjang bulan ini.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) tersebut memaklumkan waktu operasi kaunter bergerak di tujuh lokasi bermula jam 10 pagi hingga 2 petang.

Lokasi tersebut ialah di Jalan Cempaka SD 12/1 (4 dan 5 Februari), Jalan PJU 5/14 (7 dan 8 Februari), Jalan SS 24/8 (11 dan 12 Februari) serta Jalan PJS 8/6 (14 dan 15 Februari).

Kemudahan tersebut turut disediakan di Jalan SS 2/60 (18 dan 19 Februari), Jalan SS 6/3 (21 dan 22 Februari) serta Jalan PJU 1A/48 (25 dan 26 Februari).

Orang ramai boleh melayari portal www.mbpj.gov.my dan Facebook MBPJ untuk maklumat lanjut.

 


Pengarang :