PBTSELANGOR

MBSA buka kaunter setiap hujung minggu, permudah warga Shah Alam bayar cukai taksiran

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 2 FEB: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan membuka kaunter bayaran cukai taksiran pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum sepanjang Februari ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya berkata, pembukaan kaunter bertujuan memberi peluang dan membantu para pemilik harta membuat pembayaran serta berurusan dengan MBSA pada cuti hujung minggu.

“Pembayaran boleh dibuat di kaunter berpusat Wisma MBSA serta di tiga pejabat cawangan iaitu Sungai Buloh, Kota Kemuning dan Setia Alam.

“Kaunter dibuka bermula pukul 9 pagi hingga 1 petang,’’ kata Shahrin Ahmad.

Tambahnya, sebarang pertanyaan berhubung pembukaan kaunter bayaran ini boleh dibuat dengan menghubungi kaunter berpusat MBSA di talian 03-5510 5133 sambungan 1657, 1203, 1656, 1295, 1531 dan 1522.


Pengarang :