Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan perkhidmatan kaunter bergerak Shah Alam On Wheels (SAOW) di kawasan awam pada hujung minggu untuk kemudahan orang ramai berurusan. Foto MBSA
PBTSELANGOR

MBSA buka pejabat bergerak di Lotus’s Setia Alam Sabtu ini

SHAH ALAM, 23 FEB: Perkhidmatan kaunter bergerak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan beroperasi di perkarangan tempat letak kereta Lotus’s Setia Alam, Seksyen U13 di sini Sabtu ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya berkata Shah Alam On Wheels (SAOW) akan berurusan dengan orang ramai itu bermula pada 11 pagi hingga 5 petang.

“Imi merupakan platform disediakan MBSA untuk semua berurusan pada hari cuti hujung minggu tanpa perlu hadir ke kaunter.

“Pejabat bergerak ini akan menyediakan kemudahan perkhidmatan seperti semakan dan pembayaran cukai taksiran, semakan dan pembayaran kompaun tempat letak kereta, kaunter aduan dan sebagainya,” kata Shahrin Ahmad dalam kenyataan.

Beliau berkata, melaluinya majlis berharap dapat memantapkan lagi sistem perkhidmatan MBSA untuk manfaat masyarakat.


Pengarang :