Oleh AZIAN AZIZ
SHAH ALAM, 5 FEB: Seramai 35 warga emas yang menghuni Rumah Persatuan Kebajikan Ci Hang-Chempaka Selangor di Kampung Baru Subang di sini disantuni Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 2 Februari.
Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Shahrin Ahmad berkata kunjungan sempena Tahun Baharu Cina turut disertai Datuk Bandar Shah Alam Dr Nor Fuad Abdul Hamid.
“Dalam kunjungan itu Dr. Nor Fuad telah memberikan sumbangan berupa wang tunai dan hamper kepada kumpulan warga emas berkenaan,’’ katanya .
Menurutnya, MBSA akan meneruskan usaha untuk menyantuni golongan yang memerlukan di kawasan pentadbirannya sejajar dengan tekad menjadi pihak berkuasa tempatan yang prihatin.
