Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek ketika menggulung usul menjunjung kasih dan perbahasan Titah Diraja di Parlimen pada 23 Februari 2023. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Menteri: Isu murid padat di Hulu Langat, dua sekolah baharu dibina

SHAH ALAM, 23 FEB: Masalah kepadatan murid di Hulu Langat dapat diatasi selepas dua sekolah yang diluluskan menerusi Rancangan Malaysia ke-11 siap dibina, kata menteri pendidikan.

Fadhlina Sidek berkata Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pelangi, Semenyih masih dalam pembinaan manakala SK Taman Sutera, Kajang di peringkat prabina.

“Kementerian juga telah merancang untuk memohon projek pembinaan bangunan tambahan enam bilik darjah di SK Kantan Permai, Hulu Langat.

“Bagaimanapun bergantung kepada kedudukan kewangan semasa. Dengan pembinaan ini dijangka dapat kurangkan kepadatan murid di Hulu Langat,” katanya menggulung usul menjunjung kasih dan perbahasan Titah Diraja di Parlimen hari ini.

Terdahulu wakil rakyat Sany Hamzan meminta penjelasan berhubung status pembinaan beberapa sekolah di Parlimen itu.


Pengarang :